Demografi Felda Bukit Jalor

Bandar yang paling hampir ialah bandar Gemencheh dan Gemas iaitu lebih kurang 15 km jaraknya. Kebanyakan penduduk akan ke Gemas atau Gemencheh untuk urusan-urusan utama atau membeli barang-barang, mengisi petrol & sebagainya. Antara kemudahan yang terdapat di bandar-bandar ini adalah seperti bank, pejabat pos, pasaraya dan banyak lagi. Pekan Air Kuning adalah altenatif lain dimana jarak antara Felda Bukit Jalor ke Ayer Kuning adalah 7 km.